Thursday, December 3, 2015

:الفعل على أربعة أقسام 
-الماضي : هو الفعل الذي يدل على وقوع عمل في
            الزمن الماضي
-المضارع : هو الفعل الذي يدل على وقوع عمل في الزمن
             المستقبل أو الحاضر
-الأمر : هو الفعل الذي يطلب به وقوع عمل من المخاطب
النهي : هو الفعل الذي يطلب به ترك عمل من المخاطب-

PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB AD-DINI 2015


20 JUN 2015 – Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Ad-Dini peringkat akhir telah diadakan di dewan Maahad Muhammadi Pasir Mas. Pertandingan ini baru sahaja diadakan pada tahun ini yang mana melibatkan peserta bawah 18 tahun. Bagi peringkat akhir ini, peserta-peserta terdiri daripada Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maaahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Assabirin dan Maahad Muhammadi Ahmadiah Tanah Merah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Al-Karim daripada pelajar Ahmad Tarmizi Uthmani Ab Karim. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada PK KO. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta atas kejayaan mereka ke peringkat akhir ini. Tambahnya, soalan-soalan yang bakal diajukan adalah lebih mencabar. Beliau juga berharap semoga pertandingan ini dapat memberi banyak ilmu dan pengetahuan tentang agama dengan lebih mendalam.
Seterusnya, ketua hakim memberikan taklimat tentang syarat-syarat pertandingan. Setiap calon akan diajukan 6 soalan. Terdapat 4 bahagian yang merangkumi soalan tersebut. Bahagian 1 ialah Bahasa Arab(Nahu Sorof), bahagian 2 ialah Usuluddin (Tauhid, Tafsir, Hadis), bahagian 3 ialah Syariah(Hukum Feqah) manakala bahagian 4 ialah pengetahuan am. Terdapat soalan objektif dan juga subjektif.
Pertandingan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.
Maahad Muhammadi Perempuan mendapat 31 markah. Maahad Muhamadi Pasir Mas pula sebanyak 22 markah. Maahad Muhammadi Assabirin mengumpul sebanyak 20 markah manakala Maahad Muhammadi Ahmadiah Tanah Merah mendapat 18 markah.
Perasmian penutup oleh Pengetua Maahad Muhammadi Pasir Mas, Tuan Hj. Tajuddin bin Mamat. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.
Maahad Muhammadi Perempuan layak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 7 – 11 Ogos 2015. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
SEJARAH RINGKAS


Maahad Muhammadi Perempuan ditubuhkan secara rasminya pada 1 April 1937M bersamaan 20 Muharram 1356H dengan ampuni perkenan dan titah Baginda ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Cetusan idea penubuhannya oleh Tuan Haji Nik Yahya Bin Nik Daud sejak tahun 1935.
Maahad Muhammadi pada hari ini juga dikenali sebagai:
  • Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah (1937-1942)
  • Al-Madrasah Al-Arabiah Jame’ Merbau Al-Ismaili (1942-1956)
  • Al-Maahad Al-Muhammadi Al-Qismu Al-Arabi (1956-1973)
  • Al-Maahad Al-Muhammadi Al-Qismu Al-Arabi (1956 - 1973)
  • Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanin dan Al-Maahad Al-Muhammadi Lilbanat (1 Julai 1982)
  • 1 April 1937, sekolah mula beroperasi di bangunan Pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan di Jalan Sultan, Kota Bharu.
  • 1 Julai 1942, sekolah berpindah ke Bangunan Jame' Merbau Al-Ismaili   dengan nama Madrasah Arabiah Jame' Merbau Al-Ismaili.
  • 1955, bangunan baru didirikan. Perpindahan ke bangunan ini bermula 3 Januari 1956. Bangunan asal Jame' Merbau Al-Ismaili dijadikan Maahad Muhammadi Bahagian Melayu Perempuan.
  • 9 Mei 1964, perasmian bangunan baru Maahad Muhammadi Jalan Merbau telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Ibrahim, Sultan dan Yang DiPertua Negeri Kelantan.
  • 1 Julai 1982 Maahad Muhammadi dipecahkan kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan dengan ditadbir oleh 2 orang pengetua secara berasingan. Maahad Muhammadi Lelaki dipindahkan ke Jalan Pengkalan Chepa mulai 15 Oktober 1983.