20 JUN 2015 – Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Ad-Dini peringkat akhir telah diadakan di dewan Maahad Muhammadi Pasir Mas. Pertandingan ini baru sahaja diadakan pada tahun ini yang mana melibatkan peserta bawah 18 tahun. Bagi peringkat akhir ini, peserta-peserta terdiri daripada Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maaahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Assabirin dan Maahad Muhammadi Ahmadiah Tanah Merah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Al-Karim daripada pelajar Ahmad Tarmizi Uthmani Ab Karim. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada PK KO. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta atas kejayaan mereka ke peringkat akhir ini. Tambahnya, soalan-soalan yang bakal diajukan adalah lebih mencabar. Beliau juga berharap semoga pertandingan ini dapat memberi banyak ilmu dan pengetahuan tentang agama dengan lebih mendalam.
Seterusnya, ketua hakim memberikan taklimat tentang syarat-syarat pertandingan. Setiap calon akan diajukan 6 soalan. Terdapat 4 bahagian yang merangkumi soalan tersebut. Bahagian 1 ialah Bahasa Arab(Nahu Sorof), bahagian 2 ialah Usuluddin (Tauhid, Tafsir, Hadis), bahagian 3 ialah Syariah(Hukum Feqah) manakala bahagian 4 ialah pengetahuan am. Terdapat soalan objektif dan juga subjektif.
Pertandingan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.
Maahad Muhammadi Perempuan mendapat 31 markah. Maahad Muhamadi Pasir Mas pula sebanyak 22 markah. Maahad Muhammadi Assabirin mengumpul sebanyak 20 markah manakala Maahad Muhammadi Ahmadiah Tanah Merah mendapat 18 markah.
Perasmian penutup oleh Pengetua Maahad Muhammadi Pasir Mas, Tuan Hj. Tajuddin bin Mamat. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.
Maahad Muhammadi Perempuan layak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 7 – 11 Ogos 2015. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
No comments:
Post a Comment