AKTIVITI


PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB AD-DINI 2015


20 JUN 2015 – Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Ad-Dini peringkat akhir telah diadakan di dewan Maahad Muhammadi Pasir Mas. Pertandingan ini baru sahaja diadakan pada tahun ini yang mana melibatkan peserta bawah 18 tahun. Bagi peringkat akhir ini, peserta-peserta terdiri daripada Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maaahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Assabirin dan Maahad Muhammadi Ahmadiah Tanah Merah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Al-Karim daripada pelajar Ahmad Tarmizi Uthmani Ab Karim. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada PK KO. Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta atas kejayaan mereka ke peringkat akhir ini. Tambahnya, soalan-soalan yang bakal diajukan adalah lebih mencabar. Beliau juga berharap semoga pertandingan ini dapat memberi banyak ilmu dan pengetahuan tentang agama dengan lebih mendalam.
Seterusnya, ketua hakim memberikan taklimat tentang syarat-syarat pertandingan. Setiap calon akan diajukan 6 soalan. Terdapat 4 bahagian yang merangkumi soalan tersebut. Bahagian 1 ialah Bahasa Arab(Nahu Sorof), bahagian 2 ialah Usuluddin (Tauhid, Tafsir, Hadis), bahagian 3 ialah Syariah(Hukum Feqah) manakala bahagian 4 ialah pengetahuan am. Terdapat soalan objektif dan juga subjektif.
Pertandingan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.
Maahad Muhammadi Perempuan mendapat 31 markah. Maahad Muhamadi Pasir Mas pula sebanyak 22 markah. Maahad Muhammadi Assabirin mengumpul sebanyak 20 markah manakala Maahad Muhammadi Ahmadiah Tanah Merah mendapat 18 markah.
Perasmian penutup oleh Pengetua Maahad Muhammadi Pasir Mas, Tuan Hj. Tajuddin bin Mamat. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil penyertaan.
Maahad Muhammadi Perempuan layak ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada 7 – 11 Ogos 2015. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!


SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT SEKOLAH




28 MEI 2015- Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan bertempat di padang MMP anjuran gabungan badan-badan induk MMP. Tema bagi Hari Guru tahun ini ialah, ‘Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’. Para pelajar telah diarah untuk berkumpul di padang sekolah dalam bentuk hati. Pengerusi tetap bagi perhimpunan ini ialah Ustaz Mohd Noor.  Bagi memberkati majlis ini, thobur dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh Shaindah Cahaya pelajar kelas 6 Khadijah 1. Kemudian, majlis diteruskan dengan menjemput wakil pelajar MMP iaitu Najwa Bt Lukman selaku ketua pengawas MMP.
Seusai ucapan wakil pelajar, tuan pengerusi telah menjemput wakil guru, Ustazah Maziah Seman untuk memberikan ucapan. Antara intisari kata-kata beliau ialah pelajar haruslah menunjukkan rasa terima kasih kepada guru dengan menuturkannya. Sambung beliau lagi, “Sesuatu bangunan perlukan pasir, bata dan seterusnya untuk membinanya. Begitulah kami hendak membina kamu semua menjadi muslimah solehah untuk mencapai syurga Firdausi bersama para anbiya’ walmursalin.”

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan tuan mudir, Tuan Haji Mansor bin Haji Daud. “Untuk membina generasi berilmu dan yang lebih baik, perlulah mempunyai kekuatan yang memastikan pelajarnya berjaya duniawi dan ukhrawi.” Acara perasmian telah dilakukan seusai ucapan mudir yang mana dirasmikan oleh para pentadbir diikuti dengan wakil-wakil pelajar memberi bunga kepada para guru diikuti dengan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru-guru. Antara persembahan oleh para pelajar ialah persembahan kawad reformasi oleh pasukan Briged Bakti dan diikuti persembahan nasyid dari pasukan nasyid sekolah dan pelajar asrama.
Sambutan Hari Guru diteruskan dengan acara padang. Antara acara yang dipertandingkan ialah isi air dalam botol, mengupas epal dan bowling kelapa. Tepat jam 12.30 tengahari, para guru dan pelajar menikmati jamuan yang disediakan.



ROMBONGAN SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH




11 April 2015 -  Seramai 38 orang  pelajar dan beberapa orang guru pengiring dari Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh telah mengadakan lawatan ke MMP.Salah seorang daripada mereka berkata  “Saya sangat teruja dan gembira dapat datang ke Maahad Muhammadi Perempuan (MMP). Saya berharap agar saya dapat dating semula ke sini. Saya wakil daripada rombongan sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah ini (MMP) kerana menerima kami dan melayan kami dengan baik.”

No comments:

Post a Comment